Exco Kebajikan santuni golongan memerlukan

Exco Kebajikan santuni golongan memerlukan

GINIE bersama para pegawai JKM menyampaikan beg sumbangan kepada penerima semasa ziarah di Alor Gajah, baru-baru ini.

 

ALOR GAJAH 10 Jun – Exco Wanita, Pembangunan Keluarga & Hal Ehwal Kebajikan, Ginie Lin Siew Lin mengadakan lawatan ziarah mengunjungi beberapa inidividu yang kurang bernasib baik, baru-baru ini.

Ziarah turut disertai pegawai-pegawai kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka yang diadakan di sekitar Alor Gajah.

Semasa ziarah, Ginie dan JKM turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri selain sumbangan barangan dapur di mana sumbangan itu bagi membantu golongan-golongan terbabit membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Ginie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya turut menggunakan peluang itu menyantuni dan menyelami rasa hati mereka yang kurang bernasib baik termasuk beramah mesra dengan ahli keluarga penerima bantuan.

Ginie berkata, beliau bersama jabatan serta agensi terlibat akan merangka lebih banyak program turun padang ekoran program itu dapat mendekatkan diri.

Sekali gus memberi manfaat kepada golongan susah dan mereka dapat menzahirkan isi hati dan permasalahan yang mereka lalui secara terus kepadanya.

CATEGORIES