Exco Komunikasi Perak lawat MICTH

Exco Komunikasi Perak lawat MICTH

HASNUL Zulkarnain menyampaikan ucapannya dalam majlis lawatan itu.

AYER KEROH 28 Sept. – Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengadakan lawatan kerja ke Melaka ICT Holding Sdn. Bhd (MICTH), hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut Exco Komunikasi Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee di Pejabat MICTH, Menara Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Antara lain, lawatan kerja tersebut bermatlamat untuk berkongsi maklumat berkaitan pembangunan infrastruktur sistem komunikasi yang dibangunkan MICTH di Negeri Melaka.

Ia juga bagi meninjau kerja-kerja teknikal dan pengurusan berkaitan pembangunan menara telekomunikasi yang dilaksanakan MICTH di Negeri Melaka.

Taklimat pembangunan industri komunikasi MICTH telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MICTH, Zulkiply Harun di bilik mesyuarat Menara MITC.

Hadir sama, ; Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Dr. Mohd Abd. Wahab Yusof; Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Siti A’iasah Hashim dan Ketua Wilayah Selatan Melaka, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Hairuddin Zin.

Turut hadir, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Nur Atiqah Rashid; Pengurus Telekom Malaysia Berhad (TM), Anuar Hidayat Atan; Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Shahnon Mohamad dan Pegawai Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Noor Azreen Ismail.

Secara keseluruhannya, Hasnul Zulkarnain melahirkan rasa kagumnya berkaitan pembangunan industri komunikasi yang dibangunkan MICTH dan berhasrat untuk mengimplikasikan teknologi berkenaan di Negeri Perak.

Lebih mengagumkan Hasnul Zulkarnain adalah berkaitan pelaksanaan audit kesan rediasi di menara-menara telekomunikasi dan telah menerima sijil ‘Certificate of Radion Frequency (RF) Radiation Safety Assessment’ daripada Agensi Nuklear Malaysia dan penggunaan QR code maklumat audit RF yang dilaksanakan MICTH.

Terdapat 482 menara telekomunikasi yang dibangunkan di seluruh Melaka dan 220 daripadanya dimiliki oleh MICTH.

CATEGORIES