Festival Duyong 25-28 Oktober, rai keistimewaan budaya & adat resam

Festival Duyong 25-28 Oktober, rai keistimewaan budaya & adat resam

DAMIAN…Rancakkan Perkampungan Hang Tuah sebagai venue pelancongan baharu yang mempunyai pelbagai keistimewaan.

DUYONG 15 Okt. – Inspirasi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob yang menyatakan hasrat supaya mendapatkan satu lagi lokasi pelancongan baharu di negeri ini akan direalisasikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li.

Damian sewaktu ditemui MelakaKini berkata, beliau telah merencakan bagi merancakkan Perkampungan Hang Tuah supaya dapat dimajukan lagi sebagai venue pelancongan yang memanfaatkan infrastrusktur sedia ada tanpa perlu membazir wang bagi menaik taraf menjadikannya tarikan pelancongan.

Damian juga telah mencadangkan satu Festival Sejarah atau warisan dipanggil ‘Duyong Cultural Festival’ di mana festival ini akan menjadi satu pesta di mana hos utama iaitu beliau sendiri sebagai ADUN kawasan Duyong akan memperkenalkan segala bentuk warisan dan kebudayaan Melayu.

“Di sini, bukan hanya busana dan kebudayaan Melayu saja akan diperkenalkan, sebaliknya juga merangkumi permainan tradisi, makanan, hiburan dan adat resam bagi membolehkan pelancong merasai sendiri kehebatan budaya tersebut yang hanya terdapat di sini.

“Dalam pemikiran, saya membayangkan pelancong bukan saja dapat bersama-sama merasai pengalaman memakai busana tradisi, sebaliknya juga dapat menjadikan Perkampungan Hang Tuah ini sebagai ‘live museum’ yang boleh diteroka sejarah dan kehidupan masa lalu,” katanya.

Menurut Damian, sempena Tahun Melawat Melaka 2019, akan digunakan sebagik mungkin bagi meningkatkan sasaran pelancongan ke kawasan tersebut memandangkan Perkampungan Hang Tuah sememangnya destinasi menarik yang wajar mendapat publisiti meluas.

Jelasnya, beliau memilih kawasan ini kerana ia merupakan kawasan warisan yang mendalam dari sudut sejarahnya.

“Lagipun, tempat ini dikatakan kasawan permainan Hang Tuah dan rakan-rakan beliau bermain dan belajar bersilat. Bayangkan jika ia dapat dimajukan menjadi festival bertaraf antarabangsa nanti.

“Pada saya, ini bukan satu kewajipan, tetapi satu kemeriahan untuk masyarakat kampung di sini,” jelasnya.

Duyong Cultural Festival akan diadakan pada 25 hingga 28 Oktober ini juga mendapat kerjsama daripada pelbagai agensi kerajaan.

“Ianya seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), pejabat Ketua Menteri, pejabat Yang di-Pertua Negeri dan banyak lagi,” katanya.

CATEGORIES
TAGS