Festival Kuih Bulan : UTeM rai kebudayaan & kesenian Cina

Festival Kuih Bulan : UTeM rai kebudayaan & kesenian Cina

BANDAR HILIR 16 Okt. – Kelab Kebudayaan & Kesenian Cina menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UTeM telah menganjurkan Festival Kuih Bulan di pusat beli-belah Mahkota Parade di sini, baru-baru ini.

Kebudayaan & kesenian Cina itu antara agenda terkini yang turut diraikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Penganjuran kali ke-11 itu diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan catur Cina disusuli program malam kebudayaan pada malam penutup Festival Kuih Bulan tersebut.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib ketika berucap pada perasmian festival tersebut merakamkan penghargaan kepada Kelab Kebudayaan & Kesenian Cina UTeM sebagai usaha dan memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan Festival Kuih Bulan berkenaan.

Shahrin turut mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Kelab Kebudayaan & Kesenian Cina UTeM kerana berjaya mengekalkan tradisi penganjuran aktiviti itu.

Di samping signifikan dalam memperkenalkan keunikan budaya warisan masyarakat Cina kepada warga UTeM dan juga masyarakat luar.

“Saya harap program seperti Festival Kuih Bulan ini dapat diteruskan penganjurannya dan dijadikan sebagai acara tahunan anjuran universiti sebagai usaha bersama khususnya kepada warga universiti dan masyarakat setempat,” katanya.

Festival Kuih Bulan kali ke-11 telah membuka peluang kepada mahasiswa pelbagai kaum bagi bersama terlibat dalam pelbagai aktiviti yang diaturkan.

Ia sekali gus memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah sesama warga kampus sama seperti penganjuran tahun-tahun terdahulu.

Majlis perasmian pembukaan festival tersebut telah dirasmikan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong bersama Penolong Naib Canselor Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin.

Mohd Ridzuan menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) serta barisan pegawai kanan lain.

CATEGORIES