Final Liga Melaka Divisyen 3 2018 janji aksi mendebarkan

Final Liga Melaka Divisyen 3 2018 janji aksi mendebarkan

TIRAI final Liga Melaka Divisyen 3 2018 menjanjikan aksi menarik selepas kedua-dua pasukan yang bertembung Ahad ini di Stadium Hang Tuah masih belum berjaya ditumbangkan sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Ibarat buku bertemu ruas, Jebat FC melangkah masuk ke saingan akhir dengan gaya selepas menumpaskan Henry Gurney FC (4-3).

Manakala,  MMU 2 FC mudah menempah slot final selepas menumpaskan Tedong FC (3-0) pada aksi separuh akhir.

Sementara itu,  bagi menentukan pasukan tuan rumah, satu majlis ringkas dipengerusikan Pengerusi Liga Tempatan, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Mohd Ashiq Abd. Samad telah diadakan di bilik media MUSA bertempat di Stadium Hang Jebat Melaka pada 21 September lalu.

Perlawanan akhir akan bermula pada jam 8.30 malam.

CATEGORIES
TAGS