Gotong- royong hapus aedes: Lebih 150 terlibat

Gotong- royong hapus aedes: Lebih 150 terlibat

AYER KEROH 8 Mac – Lebih 150 peserta menyertai Gotong- royong Hapus Aedes Cegah Denggi di kawasan Taman Tasik Utama, baru-baru ini.

Gotong- royong tersebut dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Keroh, Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee yang hadir merasmikan turut bersama- sama menyertai program gotong-royong tersebut.

Chee Yee berkata, antara lain objektif program tersebut diadakan untuk memupuk semangat kejiranan, mengeratkan silaturahim, mengekalkan kawasan persekitaran agar sentiasa bersih dan bebas penyakit.

“Pemilihan kawasan Taman Tasik Utama bagi melaksanakan aktiviti terbabit berikutan kawasan ini merupakan kawasan wabak denggi kerana persekitaran yang kurang sihat,” katanya.

 

CATEGORIES