Guru Penyayang : Motivasi pelajar ke sekolah

Guru Penyayang : Motivasi pelajar ke sekolah

KUALA SUNGAI BARU 12 Feb. – Setiap sekolah disaran membudayakan program ‘Guru Penyayang’ bagi menyemai kasih sayang dalam kalangan pendidik.

Guru Besar SK Othman Shawal, Normah Awal berkata, ia sekali gus meningkatkan motivasi murid-murid untuk ke sekolah.

“Program ini perlu dilaksanakan di semua sekolah, apabila murid dibantu dengan motivasi dan kasih sayang, ia menggalakkan mereka untuk hadir ke sekolah.

“Kita percaya bahawa kehadiran setiap murid merupakan rahmat dan aset kepada sekolah,” katanya.

Normah berkata demikian pada Majlis Pelancaran Guru Penyayang dan Salam Hormat – Malaysia Way Of Greeting di SK Othman Shawal di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 684 murid berkesempatan bersolidariti bersama 315 buah sekolah di negeri ini.

Hadir sama, GPK Pentadbiran, Rohaya Hashim dan Penyelaras Program, Noor Azizah Ismail.

CATEGORIES