Hari Bertemu Rakyat Perdana, 65 aduan diterima

Hari Bertemu Rakyat Perdana, 65 aduan diterima

ALOR GAJAH 25 Jan. – “Kerajaan negeri akan meneliti setiap aduan yang diterima dan cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya bagi merungkai permasalahan yang dihadapi rakyat,” kata Ketua Menteri, Adly Zahari

Beliau memberitahu, sebanyak 65 laporan telah diterima daripada masyarakat dalam program Hari bertemu Rakyat Perdana Siri-1 2019.

“Aduan yang banyak diterima adalah berkaitan permohonan bantuan kebajikan, e-kasih, tanah-tanah terbiar, isu tanah pusaka, bantuan pendidikan anak-anak, kewarganegaraan dan sebagainya.

“Masalah lain yang diterima adalah berkaitan isu-isu banjir kilat, elaun pegawai syarak, penambahbaikkan pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

“Kami (kerajaan negeri) akan melihat setiap aduan yang diterima itu satu persatu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Hari bertemu Rakyat Perdana Siri-1 2019 yang diadakan di Dewan Masjid Al-Rasyidin di sini, hari ini.

Program Hari bertemu Rakyat Perdana tersebut turut disertai semua barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka termasuk agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

CATEGORIES
TAGS