Hari ke-15 kalendar Cina : Lebih 5,000 pengunjung rai sambutan Chap Goh Mei

Hari ke-15 kalendar Cina : Lebih 5,000 pengunjung rai sambutan Chap Goh Mei

KAMPUNG HULU 19 Feb. – Lebih 5,000 pengunjung menghadiri sambutan Chap Goh Mei di Kampung Hulu, malam tadi.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari yang hadir kira-kira 8.30 malam.

Chee Leong berkata, program pertama kali itu mendapat kunjungan hebat masyarakat sekitar serta pelancong bagi memeriahkan sambutan Hari Kekasih itu.

Jelasnya, peraayaan Chap Goh Mei merupakan sambutan pada hari ke-15 dalam kalendar Cina selepas menyambut tahun baharu.

Ujarnya, pelbagai simbolik diadakan termasuk membaling limau Mandarin ke dalam sungai bagi tujuan mendapatkan jodoh dan doa berpanjangan.

“Program seperti ini harus dilaksanakan selepas ini kerana ia mampu meningkatkan perpaduan pelbagai kaum di negara kita.

“Ia sekali gus mampu mempromosikan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019,” katanya pada sidang media selepas sambutan itu, malam tadi yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Pada sambutan itu, pelbagai acara menarik diadakan termasuk persembahan 17 perahu berhias, cabutan bertuah serta pelbagai lagi.

CATEGORIES