HPAK perkenal peralatan RM3.8 juta

HPAK perkenal peralatan RM3.8 juta

CHEE Leong memotong reben sebagai simbolik meramikan Philips Allura Xper FD 10/10 Sistem Imbasan Sinar X Biplane tiga dimensi (3D).

AYER KEROH 8 Okt. – Hospital Pantai Ayer Keroh (HPAK) memperkenalkan peralatan keseluruhan bernilai RM3.8 juta akan digunakan di makmal Katheterisasi Jantung hospital itu untuk membuat prosedur bagi mengetahui tahap kesihatan jantung pesakit.

Pengguna mesin berteknologi tinggi Philips Allura Xper FD 10/10 Sistem Imbasan Sinar X Biplane tiga dimensi (3D) itu menjadikan HPAK sebagai pusat perubatan pertama di negeri ini dan selatan tanah air bagi mengenalikan prosedur perubatan masalah penyakit jantung koronari.

Ketua Pegawai Eksekutif HPAK, Tan Yew Aik berkata, selain mengenal pasti masalah yang berlaku berkaitan jantung, sekali gus membuka arteri atau pembuluh darah yang tersumbat melalui satu tiub halus dipanggil kateter(catheter).

“Ramai pesakit yang menghidap masalah jantung tidak tahu apakah rawatan sesuai dilakukan terhadap mereka iaitu sama ada perlu mengadakan pembedahan pintasan (bypass), penggantian injap jantung, laser jantung atau pemindahan jantung.

“Untuk itu, mesin ini dapat membantu pesakit mengetahui kaedah rawatan yang sesuai dilakukan oleh mereka kerana teknik imbasan 3D digunakan dalam sistem ini dapat membantu memberikan keputusan masalah jantung dihadapi mereka pada kira-kira 90 peratus tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran peralatan tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Low Chee Leong di lobi hospital itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS), Dr. Ng Joo Bee dan Pakar Perunding Kardiologi HPAK, Dr. Tay Mok Heang.

Sementara itu, Chee Leong berkata, serangan penyakit jantung iskemik atau ‘ishaemic heart disases’ yang juga dikenali sebagai penyakit arteri koronori merupakan sebab kematian utama di Malaysia dengan kadar kematian dicatatkan sebanyak 11,310 orang pada tahun 2016.

Katanya, simptom diakibatkan oleh plak kolestrol itu boleh membina arteri jantung dan seterusnya menyebabkan iskemia di mana aliran darah dan oksigen tidak dapat dialirkan dengan mencukupi ke saluran darah.

“Kajian dari tahun 2010 – 2013 oleh Unit Prestai Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan mendapati, kekerapan sindrom koronoriakut (acute coronory syndrome) sudah menular di semua peringkat umur rakyat Malaysia dan kumpulan berumur 20-19 tahun mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 22 peratus.

“Kerajaan melalui Jabatan Kseihatan Negeri Melaka sentiasa mengambil berat tentang isu-isu kesihatan semasa lebih-lebih lagi masalah kesihatan seperti penyakit jantung koronori.

“Pelbagai aktiviti kesihatan telah dilakukan seperti kempen dan program Zon’ Melaka Bebas Asap Rokok’, ‘Makanan Selamat Melaka’ dan ‘Jom Hidup Sihat’ untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan kesihatan jantung dan risiko yang bakal terjadi sekiranya menghidap penyakit ini,” katanya.

CATEGORIES