Ibu bapa, pendidik bergotong-royong bersihkan PAPN

Ibu bapa, pendidik bergotong-royong bersihkan PAPN

IBU bapa dan warga pendidik PAPN Gadek bergotong- goyong membersihkan pusat pendidikan awal kanak-kanak tersebut.

GADEK 22 Okt. -Gotong-royong Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Gadek diadakan kelmarin memugarkan komitmen kesedaran kebersihan dan kesihatan persekitaran.

Selain menyelenggara peralatan juga dapat wujudkan kerjasama kerja berpasukan antara anak-anak, pendidik, ibu bapa, penjaga serta komuniti.

Ketua Pendidik PAPN Gadek, Nurul Azilah Mohammad Noor berkata, program itu dapat mengeratkan silaturahim, kongsikan kerja pembersihan dalaman PAPN.

Selain persekitaran untuk kesihatan, keselamatan dan keindahan yang menyanjung tinggi sikap dan semangat kerjasama dan kasih sayang.

“Budaya gotong-royong kini dan rata-rata komuniti kita faham dengan apa maksudnya dengan gotong-royong.

“Kelebihan aktiviti ini dilihat dapat memberi 1001 maanfaat kepada semua, sekali gus dapat bekerjasama membuat tugas yang diberikan, ia telah mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain.

“Semangat gotong-royong yang ditujukkan sesama kita harus dipuji dan dipandang tinggi, masih mekar dan muhibbah dan budaya murni ini diharap dapat diteruskan zaman berzaman agar ‘tak lapuk dek hujan, tak lengkang dek panas’.
“PAPN Gadek, ibu bapa, penjaga dan komuniti akan terus bekerjasama serta berterusan bergerak sebagai sebuah pasukan, namun jika ada pihak yang mahu berganding bahu, mereka mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama tersebut,” katanya kepada MelakaKini.

Menurut Azilah lagi, gotong-royong itu disokong perlaksanaan oleh semua pihak, kerja jadi mudah serta ringan dan dapat dilaksanakan dengan holistiknya.

Dalam perkembangan sama, semua pihak bersatu padu, berganding bahu, tolong-menolong antara satu sama lain, tidak mengira umur, pangkat, sama-sama bekerjasama satu pemandangan harmoni dapat dilihat dari mata semua.

“Pada yang berkenaan, adalah penting meraikan semangat ini, sekali gus dapat kukuhkan perpaduan untuk saling melengkapi kehidupan ini dengan semangat berpasukan dan ukhuwah.

“Pihak terlibat akan meneruskan usaha prihatin seperti ini pada masa-masa akan datang dengan mengerakkan aktiviti sedia ada selain pendidikan dan asuhan anak-anak.

CATEGORIES