ICYM & MEDIU jalin kerjasama 2 hala

ICYM & MEDIU jalin kerjasama 2 hala

BUKIT SEBUKOR 25 Okt. – Al-Madinah International University (MEDIU) dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) di sini, baru-baru ini.

MoA itu melalui kerjasama dalam bidang akademik khusus bagi program Ijazah Sarjana Muda dalam bahasa Arab.

ICYM diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi sementara MEDIU diwakili Ketua Eksekutifnya, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen di Kampus Induk ICYM, di sini.

Saroni berkata, kerjasama tersebut akan memberi satu impak besar dan bermanfaat kepada ICYM.

“Ia juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak melebarkan sayap masing-masing dalam bidang pendidikan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Saroni berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama tersebut dan berharap usaha sama strategik sedemikian mampu membawa kepada pembentukan program berimpak tinggi pada masa depan.

“Saya berharap MEDIU dan ICYM dapat menjalankan kerjasama yang boleh membawa kepada transformasi dalam pembangunan kedua-dua indusrti.

“Kini tiba masanya Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara bekerjasama lebih erat demi memastikan hasrat kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan,” ujarnya.

CATEGORIES