IMBASAN 2019: ENAM PENCAPAIAN TERBAIK MELAKA

IMBASAN 2019: ENAM PENCAPAIAN TERBAIK MELAKA

Moga Melaka terus berwibawa dan cemerlang!!!

 

Keseimbangan pembangunan yang diberi penekanan berterusan sepanjang tahun 2019, menjadikan kualiti hidup rakyat di negeri ini semakin baik.

Agenda memacu ekonomi juga telah memberi impak positif bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah rakyat turut menerima manfaat.

Ayuh kita imbas ENAM PENCAPAIAN TERBAIK KERAJAAN NEGERI MELAKA SEPANJANG 2019!

 

1) PROGRAM RUMAH PEDULI: Usaha kerajaan negeri menawarkan rumah percuma buat rakyat dibawah kumpulan B-40 untuk memiliki rumah mendapat pujian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehingga kini, kerajaan negeri telah meluluskan 92 permohonan Rumah Peduli dan sebanyak 26 sudah siap dibina.

 

2) PERUNTUKAN RM15 JUTA DERMASISWA TAPEM SETAHUN: Inisiatif kerajaan negeri yang pertama kali diperkenalkan bagi menaja seramai 27 pelajar cemerlang dalam STAM untuk melajutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dengan jumlah keseluruhan RM20, 000 seorang, selama empat tahun pengajian.

 

3) PENERBANGAN AIR ASIA MELAKA – PENANG: Penerbangan harian 7 kali seminggu untuk kedua-dua destinasi itu menyumbang kepada kedatangan lebih ramai pelancong, sekali gus mempromosikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Asia.

 

4) BANTUAN LAMPIN PAKAI BUANG & SUSU FORMULA: Peruntukan RM1.4 juta bagi penyediaan lampin pakai buang kepada warga emas memerlukan manakala bantuan susu formula kepada pesakit terlantar, pesakit Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas disalurkan kepada penerima yang layak.

 

5) MELAKA & NEGERI SEMBILAN MUKTAMADKAN HAK PERSEMPADANAN MARITIM: Persetujuan persempadanan antara dua negeri ini melibatkan kawasan sejauh tujuh kilometer dari muara Sungai Linggi ke had perairan wilayah negeri sekali gus mampu meneruskan pembinaan projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) yang membawa pelbagai manfaat kepada rakyat.

 

6) PINJAMAN PERUMAHAN MELALUI DANA HARTA BUMIPUTERA: Rakyat negeri ini khususnya golongan berpendapatan rendah (B-40) dan berpendapatan sederhana (M-40) yang ingin membeli rumah kos rendah dan Rumah Harapan Melaka boleh memohon pinjaman di AFH bagi tujuan berkenaan.

CATEGORIES
TAGS