Industri agro-marin tampung permintaan

Industri agro-marin tampung permintaan

NORHIZAM (tengah baju merah) melepaskan benih-benih udang dalam salah satu dari lima kolam ternakan di Sebatu Merlimau, baru-baru ini.

MERLIMAU 18 Jun – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, perkembangan ternakan agro-marin khususnya udang menerusi program-program ternakan khas seperti ini adalah bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Ternakan udang kolam dan program-program ternakan lain yang semakin berkembang bukan sahaja sekadar memenuhi permintaan menggalakkan pasaran tetapi juga ia isyarat menunjukkan ternakan agro-marin adalah alternatif terbaik yang sama kompeten dan menjadi pilihan untuk memenuhi keperluan pasaran, katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Pelepasan Benih Udang Kolam Ternakan Udang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Fasa 2, di Kolam Ternakan Udang Sebatu, Merlimau di sini, baru-baru ini.

Mengenai program pelepasan benih udang LKIM Fasa 2 Norhizam Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu mengakui program-program ternakan udang seperti ini perlu dilaksanakan lebih banyak agar program ternakan agro-marin seperti ini semakin kukuh dalam industri ternakan agro-marin.

“Program ini (ternakan udang kolam) adalah program yang mampu memberikan manfaat menerusi alternatif dan pilihan, selain dari memenuhi kadar permintaan hasil agro-marin ia mampu membantu kepesatan industri agro-marin selain menjana pendapatan menerusi hasil yang akan dipasarkan kelak,” kata beliau.

Sementara itu, hadir sama dalam program pelepasan benih udang ke lima kolam ternakan udang di Sebatu itu adalah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKIM, Jamaludin Othman; Timbalan Ketua Pengarah LKIM Negeri Melaka, Sulaiman Abdul Ghani dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Negeri Melaka, Hamdan Othman.

Yang turut hadir adalah Pegawai-Pegawai LKIM Negeri Melaka dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Melaka.

CATEGORIES
TAGS