Industri pelabuhan antarabangsa bakal bawa pulangan besar

Industri pelabuhan antarabangsa bakal bawa pulangan besar

DURIAN TUNGGAL 21 Feb. – Satu industri baharu akan diperkenal di negeri ini tidak lama lagi sekali gus mampu membawa pulangan besar kepada Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, industri pelabuhan yang sudah dijalankan sejak lama dahulu seharusnya dibentuk semula.

Menurutnya, untuk itu sebuah pelabuhan yang dikenali Kuala Linggi International Port akan dibina sekali gus memperkenalkan Melaka sebagai sebuah industri baharu.

“Dengan pelabuhan ini nanti mampu menjana ekonomi Melaka, malah bakal menjadikan negeri ini sebagai destinasi singgah kapal-kapal belayar.

“Malah, pembangunan ini mampu membuka 5,000 pekerjaan kepada anak Melaka dan bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Durian Tunggal di sini, malam tadi.

CATEGORIES
TAGS