Infak demi bina masjid baharu Bukit Tembakau

Infak demi bina masjid baharu Bukit Tembakau

SERKAM 14 Feb. – Pihak Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Serkam baru-baru ini telah menerima sumbangan RM170,000 bagi tujuan pembinaan masjid baharu di Bukit Tembakau.

Japerun Serkam menerusi satu kenyataannya menjelaskan ianya merupakan sumbangan daripada individu perseorangan.

Pihak Japerun mengucapkan terima kasih kepada penyumbang tersebut dan menyifatkan ia sebagai contoh semangat ukhuwah Islamiyah bagi memberi manfaat buat masyarakat kampung serta umat Islam menerusi pembinaan masjid tersebut.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang bagi pembinaan masjid baharu di Bukit Tembakau, boleh menghubungi Setiausaha Japerun Serkam (Encik Zaidi) di talian 011-5958 1599.

CATEGORIES