“InshaAllah PH akan kekal memimpin Melaka” – KM

AYER KEROH 24 Feb. – Ketua Menteri, Adly Zahari tampak tenang dengan situasi yang melanda politik tanah air negara, selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Dengan keadaan yang serba tidak kena ketika ini di Putrajaya, Adly pula kekal yakin Melaka akan terus dipimpin Pakatan Harapan (PH).
Menerusi kiriman di Facebook menerusi akaun peribadinya, Adly berkata, beliau akan terus meletakkan keutamaan rakyat berbanding dirinya sendiri, dalam masa sama, yakin Melaka tidak akan menerima terima susulan pergolakan politik yang berlaku di pusat negara.
“InshaAllah, saya utamakan rakyat lebih dari diri saya sendiri. InshaAllah PH akan kekal memimpin Melaka,” katanya ringkas, menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.