Istiadat Konvokesyen KUIM 29 & 30 September ini

Istiadat Konvokesyen KUIM 29 & 30 September ini

MOHD TAIB

KUALA SUNGAI BARU 24 Sept. – Seramai 1,600 orang terdiri graduan Diploma sehingga Ijazah Sarjana bakal diraikan pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kali ke-22 di Dewan Seri Negeri pada 29 dan 30 September ini.

Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora berkata, Istiadat konvokesyen itu bertujuan meraikan para graduan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pengajian mereka di KUIM.

Katanya, setiap graduan KUIM pasti gembira apabila diraikan dalam majlis yang penuh meriah dan pastinya mereka telah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat segulung ijazah dan diploma. Menurutnya, kejayaan yang dilakar ini pasti akan dikongsi bersama ahli keluarga tercinta dan sahabat handai yang turut bersama membina kerjaya dan masa depan di KUIM ini,” katanya, baru-baru ini.

Mohd Taib berkata, istiadat konvokesyen tahun ini akan diadakan selama dua hari iaitu empat sidang yang akan dibahagikan mengikut susunan fakulti.

“Sidang pertama dan kedua akan diadakan pada hari Sabtu, manakala sidang ketiga dan keempat pada hari Ahad.

“Pada istiadat sama juga turut menyaksikan Istiadat Pemasyhuran Canselor KUIM yang baharu, Dr. Hasan Bahrom yang akan diadakan pada sidang pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua graduan KUIM yang bergraduat pada tahun ini dan selamat menempuh alam pekerjaan yang pastinya akan memberi pengalaman berharga buat mereka semua,” jelasnya.

CATEGORIES