Isu anugerah pingat : Hormati pendirian DAP

Isu anugerah pingat : Hormati pendirian DAP

BUKIT KATIL 16 Okt. – “Hasrat Timbalan Speaker DUN, Datuk Dr. Wong Fort Pin memulangkan darjah kebesaran yang diterima tidak perlu dijadikan isu,” kata Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Katanya, masyarakat perlu menghormati pendirian itu kerana selama ini partinya bekerja tanpa mengira kaum dan kedudukan.

Jelasnya, apa DAP dan beliau (Norhizam) lakukan ialah mendahulukan rakyat tanpa mengharapkan balasan.

“Saya membantu pesawah dan petani di Sungai Rambai merupakan orang Melayu, begitu juga bantuan lain oleh kaum Cina dan India, tidak sedikit pun kami anti kaum atau bantu satu kaum saja,” katanya.

Norhizam yang juga Exco Pertanian, Pembangunam Usahawan dan industri Asas Tani berkata demikian kepada media pada Program Pusat Pengumplan Ladang (PPL) dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Yoshi Agro Care di Jalan Tun Kudu di sini, Isnin lalu.

Ketika ditanya mengenai dakwaan beliau yang sepatutnya menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) namun, telah ditarik balik atas kontroversi yang menimpa, Norhizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tak dapat, tak adalah. Namun ikut sandaran pusat, kalau pusat kata jangan (terima) janganlah, kalau boleh, bolehlah,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS