Isu tanah lot Melaka Pindah, kerajaan negeri cari jalan penyelesaian

Isu tanah lot Melaka Pindah, kerajaan negeri cari jalan penyelesaian

ALOR GAJAH 25 Jan. – Perbincangan bersama Yayasan Melaka (YM) dan pembeli tanah lot di Melaka Pindah akan dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian isu tersebut.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, isu ini telah berlarutan sekitar 10 tahun di mana YM telah menjual tanah kepada penduduk dan selepas itu tiada insfrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan dan sebagainya disediakan di tanah terbabit.

“Setakat ini, kurang 10 peratus tanah yang dibeli itu telah dibangunkan kerana mereka menghadapi masalah membangunkan tanah tersebut berikutan tiadanya insfrastruktur seperti yang dinyatakan.

“Perlu ada suatu bentuk penyelesaian untuk jangka masa panjang dan akan mengadakan perbincangan bersama YM serta pembeli bagi mencari solusi bagi membolehkan pembangunan di kawasan itu dapat diteruskan,” katanya.

Adly berkata demikian kepada media dalam program Hari bertemu Rakyat Perdana Siri-1 2019 yang diadakan di Dewan Masjid Al-Rasyidin di sini, hari ini.

CATEGORIES