Jagung Mutiara penuhi pasaran eksport

Jagung Mutiara penuhi pasaran eksport

MASJID TANAH 28 Jan. – Projek pertanian seperti penanaman jagung mendapat tempat melalui pasaran eksport antarabangsa perlu dimanfaatkan para petani dalam menjana pendapatan.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee berkata, kerajaan negeri menyokong penuh mana-mana industri pertanian melibatkan penanaman jagung disebabkan harga pasarannya stabil yang mampu dibawa ke tengah.

Ujarnya, permintaan produk jagung adalah permintaan tertinggi dalam pasaran termasuk industri pemprosesan makanan itu sebagai bahan industri pembuatan makanan seluruh dunia.

“Kita lihat penanaman jagung ini adalah landskap terbaik untuk menjana pendapatan petani, malah ia merupakan petunjuk terbaik dalam membina usahawan berjaya dalam negeri ini mahupun seluruh Malaysia.

“Seperti penanaman jagung di Kampung Paya Mengkuang, saya lihat penanaman jagung Mutiara yang dilakukan petani diusahakan secara progresif dan kompetan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Ladang Jagung, di Paya Mengkuang di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Kuala Linggi (PKL), Abu Hussain Tamby berkata, sebanyak 3. 237 hektar tanah telah diusahakan bagi penanaman berkenaan, sekali gus mengaplikasikan
tanah terbiar di kawasan tersebut dibangunkan dengan aktiviti bermanfaat.

Menurutnya, ladang diusahakan lebih dua bulan lalu telah mula mengeluarkan hasil pertamanya yang mampu membantu penduduk di kawasan berkenaan menjana ekonomi seharian.

“Peranan PKL sebagai agensi menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi membangunkan kawasan ini dan inisiatif kami adalah memberi khidmat nasihat kepada penduduk yang mahu menjadi usahawan atau petani berjaya.

“Bagi 0.405 hektar (1 ekar) tanah mampu menghasilkan 8,000 batang jagung dan ini satu usaha bagus dalam membangunkan
tanah terbiar daripada tidak berfungsi.

“Setakat ini, pelbagai projek pertanian dibangunkan di kawasan ini seperti penanaman Agroponik yang menggunakan teknik moden telah mengeluar perbelanjaan sebanyak RM7 juta, sekali gus mampu menjana ekonomi masyarakat,” katanya.

CATEGORIES