KM meriahkan jamuan TBC Taman Sin Hoe

Rakyat bersatu negeri maju...

KM meriahkan jamuan TBC Taman Sin Hoe

 

BUKIT BARU 6 Feb. – Pelbagai lapisan masyarakat sekitar Taman Sin Hoe, di sini memeriahkan balai raya taman berkenaan bagi meraikan jamuan makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC).

Acara jamuan yang bermula pada jam 8 malam itu yang dihadiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dimulakan dengan persembahan tarian singa.

Pada majlis berkenaan, Adly mengharapkan rakyat terus memberikan sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk melaksanakan khidmat untuk rakyat.

“Sebarang teguran dan kekurangan, saya terima secara terbuka supaya boleh menambah baik mutu perkhidmatan saya sebagai pemimpin kerajaan negeri,” katanya ketika berucap dalam jamuan berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil turut menyampaikan sumbangan angpau kepada kira-kira 400 kanak-kanak dan warga emas yang menghadiri jamuan terbabit.

CATEGORIES