Jana pendapatan masyarakat : Inisiatif perniagaan ditambah baik

Jana pendapatan masyarakat : Inisiatif perniagaan ditambah baik

KESIDANG 22 Jan. – Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi menggalakkan minat masyarakat dalam menceburi perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin berkata, pelbagai inisiatif menggalakan masyarakat ceburi perniagaan melbatkan pelbagai bangsa di kawasan itu.

Ujarnya, beliau telah berbincang bersama agensi kerajaan termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan agensi lain bagi mendapatkan pinjaman perniagaan buat penduduk kawasannya.

Shoo Cin berkata, beliau turut menaik taraf setiap pasar malam dan pagi di kawasan itu dengan meningkatkan 200 gerai jualan berbanding 80 yang sedia ada sebelum ini bagi membantu peniaga kecil.

Katanya, pemindahan tapak lokasi baharu dan strategik turut dilaksanakan bagi memudahkan peniaga dan pengguna mendapatkan barangan yang dijual di pasar berkenaan.

Jelasnya, terdapat pasar yang terlindung dan menyukarkan penduduk sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Ujarnya, usaha memperbaiki setiap kelemahan terdapat di pasar malam dan pagi juga akan dilaksanakan seperti mempelbagaikan barangan yang dijual dengan kreatif dan konsisten.

“Peniaga perlu kreatif dalam perniagaan pasar malam dan kita boleh ambil contoh seperti di luar negara yang dilihat mempelbagaikan jualan dalam menjana pendapatan.

“Penambahbaikan pasar malam dan pagi ini turut mengenakan RM3 untuk satu tapak berbanding RM10 sebelum ini.

“Perkara ini dilihat dapat membela nasib rakyat dalam menjana pendapatan untuk kehidupan seharian mereka,” katanya.

CATEGORIES