Japerun Duyong anjur hari terbuka

Japerun Duyong anjur hari terbuka

DUYONG 19 Sept. – Japerun Duyong akan mengadakan lawatan ke Universiti Asia Metropolitan bagi program Tajaan Industri pada 22 September akan datang.

Ia membabitkan pelajar tempatan yang berhasrat mendapatkan maklumat lanjut bagi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, program tajaan penuh itu merupakan program sambil belajar kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan golongan dewasa yang bekerja.

“Program ini merupakan batu loncatan yang dapat memberikan pendedahan dan peluang untuk menambah baik kemahiran dan pengetahuan sedia ada.

“Sekali gus apabila tamat pengajian kelak ia akan membantu pelajar dalam kerjaya yang berupaya menjadi
platform bagi menyokong peralihan jawatan dan meningkatkan kerjaya di tempat kerja,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, orang ramai yang berminat menyertai lawatan sambil belajar ini boleh mendaftar nama masing-masing di Kompleks Japerun Duyong jam 6.30 pagi.

“Pengangkutan bas disediakan dari Melaka ke Cyberjaya dan sebaliknya secara percuma dan boleh juga disertai bersama ibu bapa serta adik-beradik bersama bas yang disediakan.

“Ia dengan syarat tidak melebihi dua atau tiga orang berdasarkan kes dan juga bilangan pendaftar.

“Program ini dijayakan AIMSMET GLOBAL SDN. BHD. dengan kelayakan yang akan dianugerahkan oleh Institute of Commercial Management, ICM (I-JK), dalam kerjasama dengan sektor industri utama.

“Ianya bagi memastikan pelajar mendapat manfaat bersama majikan dan perkembangan setiap sektor yang berkenaan,” katanya.

CATEGORIES