Japerun Kuala Linggi santuni 3 pelatih PPDK Seri Penawar

Terima kasih Japerun Kuala Linggi

Japerun Kuala Linggi santuni 3 pelatih PPDK Seri Penawar

KUALA LINGGI 6 Feb. – Tiga pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Penawar di sini ceria apabila menerima kunjungan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi, baru-baru ini.

Penyelarasnya, Amran Othman berkata, program ziarah itu memilih tiga pelatih terbabit yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) terlantar dan penghidap Down Syndrome di kawasan Kampung Permatang Indah, Kampung Ladang dan Kampung Ayer Molek.

Jelasnya, program itu sebagai tanda prihatin pihak pemimpin dan agensi kepada anak-anak pelatih PPDK Seri Penawar yang kurang bernasib baik.

“Sebagai bapa, saya tersentuh melihat nasib anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dan berharap masyarakat negeri ini turut sama menunjukkan rasa prihatin terhadap golongan istimewa ini,” katanya.

Menerusi sesi ziarah itu, kesemua pelatih diberi sumbangan berbentuk wang tunai, makanan dan lampin pakai buang.

CATEGORIES