Japerun Pantai Kundor sampaikan sumbangan bencana alam

PANTAI KUNDOR, 8 Feb – Sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, pihak Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor telah menyampaikan bantuan berbentuk cek bernilai RM200 dari Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, baru-baru ini.
Bantuan sumbangan itu telah diserahkan kepada dua mangsa bencana alam iaitu Marita Wahid dan Halimah Hasbollah oleh Penyelaras Japerun Pantai Kundor, Juhari Osman.
Pihak Japerun Pantai Kundor dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi mereka, berharap menerusi sumbangan tersebut, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam yang terlibat.
CATEGORIES MELAKA