Japerun Sungai Udang perkukuh kerjasama dengan komando

Japerun Sungai Udang perkukuh kerjasama dengan komando

SUNGAI UDANG 21 Feb. – Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang sedia memperkukuhkan hubungan dan bersetuju menyalurkan bantuan kepada anggota komando yang memerlukan menerusi kunjungan hormat ke Kem Komando, hari ini.

Penyelarasnya, Mohd Lokman Abdul Ghani berkata, kunjungan itu yang disertai kira-kira 19 ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turut membincang beberapa hal lain bagi memastikan kerjasama erat dapat dipupuk antara dua pihak.

Katanya, menerusi kunjungan hormat tadi, wakil pihak Kem Komando telah memberikan reaksi positif untuk bekerjasama dengan Japerun dalam mencapai matlamat keakraban.

“Hubung baik perlu dijalinkan kerana penempatan di sini majoritinya adalah anggota tentera yang bilangannya melebihi 13,000 orang.

“Misalnya, jika ada anak terabai dalam kalangan anggota, kediaman atau apa jua berkenaan kebajikan, kita cuba bantu selesaikan dan pihak mereka juga bersetuju dengan hasil perbincangan tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

CATEGORIES