Jersi pasukan baharu MU diperkenal Sabtu ini

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) dijangka memperkenalkan jersi dan pasukan baharu bagi musim Liga Malaysia (Liga-M) 2019 Sabtu ini di Melaka Mall.
Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebooknya, Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Melaka United 2019 itu akan dirasmikan Presidennya, Adly Zahari.
!
!
**IKLANKAN perniagaan anda di muka depan Akhbar MelakaKini bermula serendah RM200 dengan 30,000 cetakan dan edaran percuma seluruh Melaka.** Lawati MelakaKini.my/iklan
!
!
“Jangan lepaskan peluang melihat rekaan jersi ‘home’ dan ‘away’ serba baharu Melaka United keluaran Warrix yang akan dipamerkan secara eksklusif khas buat anda pada pelancaran itu.
Pada pelancaran itu juga turut akan berlangsung sesi pengenalan barisan pemain dan pegawai pasukan Melaka United (MU) bagi musim 2019.
Selain penyokong berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama barisan pemain MU dengan lebih dekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.