Jersi versi peminat dijangka dilancar Mac ini

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) bercadang untuk mengeluarkan jersi versi peminat baharu Melaka United (MU) hujung Mac ini.
Menurut sumber, perkara itu telah diketahui pihak pengurusan.
Katanya, harga yang dicadangkan bagi sehelai jersi adalah pada kadar RM60, lebih rendah berbanding jersi versi pemain.
Ketika ini, harga bagi jersi versi pemain yang hadir dengan warna kuning, putih dan hijau dijual pada harga RM90 sehelai.
“Perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui, tetapi belum ada tarikh muktamad untuk dilancarkan.
“Rekaannya dah ada dan berkemungkinan dilancar Mac ini ketika pertemuan dengan PKNS,” katanya ketika dihubungi.