JPBM kaji persempadanan semula balai bomba, kurangkan tempoh respons

JPBM kaji persempadanan semula balai bomba, kurangkan tempoh respons

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Apabila persempadanan semula balai bomba menerusi kajian semula perlindungan kebakaran disiapkan tahun depan, ia akan dapat mengurangkan lagi tempoh respons terhadap panggilan kecemasan yang diterima bomba.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata kajian berkenaan yang dimulakan awal tahun ini, akan membolehkan pihak bomba mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

Beliau berkata kajian itu dibuat setiap lima tahun di seluruh negara selaras dengan perkembangan dan kepesatan fizikal, bagi melihat perkembangan atau pengurangan risiko kebakaran serta kecemasan di sesuatu kawasan.

“Di kawasan yang baru dibina balai bomba, persempadanan ini membolehkan jajahan sedia ada dikecilkan sekaligus membawa kepada pelaksanaan operasi lebih baik di negeri-negeri besar seperti Pahang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini, hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES