JTKSM gesa majikan patuhi standard minimum penyediaan penginapan pekerja asing

JTKSM gesa majikan patuhi standard minimum penyediaan penginapan pekerja asing

KUALA LUMPUR, 13 Feb. – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menggesa majikan agar mematuhi standard minimum penyediaan penginapan pekerja yang menjadi kriteria penting dalam membuat permohonan dan mendapatkan perakuan ketika menggaji pekerja asing.

JTKSM dalam kenyataan hari ini berkata penyediaan penginapan dan kemudahan asas mengikut piawaian bukan sahaja menjadi mekanisme dalam meningkatkan dan mempromosikan budaya kerja industri yang kondusif dan berdaya saing tetapi juga memberikan persekitaran harmoni, selamat, bersih dan selesa.

“Aspek ini adalah penting dalam memastikan para pekerja sentiasa bermotivasi dan proaktif,” menurut kenyataan itu yang memuji syarikat Wearsafe (Malaysia) Sdn Bhd sebagai contoh majikan yang mematuhi Garis Panduan Standard Mínimum Penyediaan Penginapan Pekerja Asing.

Kenyataan itu juga menyebut  Ketua Pengarah JTKSM Datuk Mohd Jeffrey Joakim melakukan lawatan kerja ke kawasan penginapan pekerja Wearsafe (Malaysia) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan pelaksanaan penyediaan kemudahan penginapan pekerja.

— BERNAMA

CATEGORIES