Kampuspedia bawa penonton kenali IPT di Korea

Kampuspedia bawa penonton kenali IPT di Korea

MENAMPILKAN Cristina Suzanne sebagai hos, Kampuspedia membawa penonton mengenali lebih mendalam mengenai institut pengajian tinggi (IPT) terpilih di Korea Selatan.

Antara IPT terlibat termasuk Universiti Inha, Incheon, Universiti Hanyang, Seoul, Universiti Chung Ang, Seoul, Universiti Korea, Seoul dan banyak lagi.

Menariknya, setiap episod dipaparkan, Cristina akan ditemani seorang pelajar Malaysia dari universiti terlibat.

Selain berkongsi mengenai bidang dipelajari, mereka akan membawa Cristina melawat kawasan sekitar dan meninjau lokasi berdekatan.

Christina turut berpeluang belajar menyediakan makanan popular Korea iaitu kimchi di Akademi Kimchi Seoul.

Pelbagai tempat dan aktiviti menarik turut dimuatkan dalam program ini seperti K-Star Road, menaiki belon udara di Kota Kubu Suwon, menaiki bot ke Pulau Nami, menjelajah Sungai Gapcheon, melawat perkampungan Yangnim-dong dan meninjau Muzium Seni Han Heewon.

Program travelog 13 episod ini disiarkan setiap Jumaat jam 4.30 petang di TV1.

CATEGORIES