Kancil kena ‘balun’

DUA jaringan pada babak pertama menerusi gandingan Diogo, Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera sudah memadai menamatkan rekod tanpa kalah Melaka United (MU) dengan keputusan 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.
MU yang dikendalikan Zainal Abidin Hassan mencuba nasib dengan menurunkan barisan sama ketika bertemu Pahang tempoh hari dengan hasrat mengutip sekurang-kurangnya satu mata dari pertemuan keempat Liga Super itu.
Sang Kancil turut dipaksa beraksi tanpa penyerang utamanya, Anselmo Casagrande yang digantikan Deevan Raj akibat kecederaan pada minit ke-17.
Menyedari peluang itu, Harimau Selatan tidak menunggu lama sebelum membuka jaringan pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti Gonzalo Cabrera setelah Jang Suk-Won tertampan dengan tangan bola hantaran Safawi di dalam kotak penalti.
Beberapa minit kemudian, Safawi muncul sebagai peledak kedua JDT pada minit ke-42, sekali gus menambah tekanan terhadap skuad kendalian Zainal yang terdesak mencari satu mata dari hasil pertemuan ini.
Separuh masa kedua menyaksikan, JDT lebih banyak menguasai bola, namun akibat kelalaian, MU berjaya memperoleh jaringan sagu hati pada minit ke-73 menerusi Patrick Reichelt.
Menyedari kebangkitan MU, Ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa segera memasukkan Akhyar Rashid pada minit ke-77 menggantikan Leandro Velazquez, diikuti, kemasukkan Nazmi Faiz pada minit ke-88 menggantikan Safawi.
Penguasaan bola yang kemas diikuti, corak serangan yang pantas sudah memadai buat JDT mengekalkan keputusan 2-1 hingga akhir perlawanan.