Kane penyelamat pasukan England

Kane penyelamat pasukan England

AKSI gol kemenangan hasil tandukan Kane memastikan Three Lions mengutip tiga mata penuh dalam saingan Kumpulan G.

PASUKAN Tunisia hampir mengikat pasukan England dengan keputusan seri sebelum penyerang sensasi England, Harry Kane meledak gol kemenangan pada masa kecederaan dalam saingan Kumpulan G, awal pagi semalam.

Kane turut menjaringkan gol pertama buat Three Lions pada minit ke-11 selepas tangkas menyambar bola muntah hasil kesilapan penjaga gol, Mouez Hassen.

Selepas gol pertama England itu, pasukan Tunisia kembali memperkemaskan jentera serangannya dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil gol penalti yang disempurnakan pemain perancang tengahnya, Ferjani Sassi.

PEMAIN perancang tengah pasukan Tunisia, Ferjani Sassi meraikan jaringan gol penyamaan bersama rakan sepasukan.

Kedua-dua pasukan terus berusaha memecah kebuntuan gol selepas separuh masa kedua dan hasilnya, England berjaya peroleh gol kemenangan menerusi sentuhan Kane pada masa kecederaan.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan dan meletakkan Three Lions berkongsi kedudukan Kumpulan G dengan Belgium yang turut berjaya menewaskan Panama pagi semalam.

CATEGORIES
TAGS