Karnival Kemahiran Pendidikan Khas dorong pelajar ke arah kerjaya asas

Karnival Kemahiran Pendidikan Khas dorong pelajar ke arah kerjaya asas

Oleh FAIZ HASAN

AYER KEROH 26 Okt. – Seramai 18 pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru (SMKBB) mewakili Melaka menyertai Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Kebangsaan 2018.

Guru pengiring dikenali Saiful berkata, pertandingan berlangsung di Negeri Perak itu melibatkan penyertaan seluruh negara bagi menyemarakkan kemahiran vokasional yang mendorong pelajar ke arah kerjaya asas yang perlu dikuasai.

Katanya, penyertaan itu melibatkan pelajar bermasalah pembelajaran dan pendengaran yang mampu menyertai pelbagai pertandingan.

Jelasnya, ianya melibatkan kemahiran yang mencungkil potensi pelajar khusunya dalam bidang tersebut.

Menurutnya, pelbagai kategori dipertandingkan bertemakan ‘Kemahiran Lestari Seni Budaya’ seperti memasak, hiasan seramik, seni tekat, kolam elektrik serta pelbagai lagi.

Pertandingan pada 22 hingga 25 Oktober lalu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Abdul Aziz Bari.

CATEGORIES