Kejohanan para renang: Melaka hantar 22 atlet OKU

Kejohanan para renang: Melaka hantar 22 atlet OKU

AYER KEROH 20 Mac – Seramai 22 atlet orang kurang upaya (OKU) mewakili Melaka ke Kejohanan Para Renang Terbuka Malaysia 2019 di Pusat Akuatik Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang bermula 19 hingga 24 Mac ini.

Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) negeri, Abdul Rahim Abdul Kadir berkata, kesemua atlet tersebut bernaung di bawah PESRON.

Katanya, persiapan rapi telah dibuat oleh kesemua atlet OKU renang itu bagi mengutip pingat dalam acara yang ditandingi.

“Saya yakin perenang kita mampu merealisasikan impian yang ditetapkan berbekalkan pengalaman dan kelebihan dimiliki para atlet,” katanya kepada pemberita MelakaKini ketika dihubungi tadi.

Jelasnya, tidak mustahil jumlah perolehan pingat akan bertambah kerana PESRON memiliki atlet yang berkebolehan.

“Saya perlu optimis, dan atlet juga perlu bersikap optimistik. Kita berazam untuk memastikan pada kejohanan kali ini, kita akan mengharumkan nama Melaka,” katanya.

CATEGORIES