Kejohanan UTeM Roborace Challenge pupuk minat pelajar

Kejohanan UTeM Roborace Challenge pupuk minat pelajar

 

SEMAKAN terakhir bagi robot yang bertanding.

DURIAN TUNGGAL 24 Okt. – Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik (ICA), Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini, menganjurkan MTSB–UTeM National Roborace Challenge 2018 di Dataran Menara Taming Sari, Bandar Hilir.

Program tersebut diadakan melalui kerjasama Melaka Taming Sari Bhd. (MTSB)
di mana acara tahunan itu melangkah tahun ke-11 penganjurannya.

Ianya diadakan secara terbuka untuk disertai para pelajar sekolah dan universiti di Malaysia dengan tujuan memberi pendedahan berguna kepada para pelajar tentang pertandingan robot khususnya.

Selain itu, ia juga membantu membentuk kemahiran penyelesaian masalah, perancangan strategik, kepimpinan, pengetahuan & kerjasama berpasukan dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi.

Dekan FTMK, Dr. Othman Mohd semasa berucap di majlis penyampaian hadiah berkata, acara itu bertujuan membantu pelajar yang cemerlang dalam mencorak kreativiti dan inovasi.

Katanya, penganjuran itu bertepatan dengan salah satu dari cabang bidang FTMK terdapat di UTeM.

Iaitu penawaran bagi program yang berkaitan dengan Kepintaran Buatan yang memfokuskan terhadap bidang robotik.

Sebanyak 39 pasukan telah mengambil bahagian bagi dua kategori iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Terbuka.

Bagi Kategori Sekolah mendapat penyertaan 10 buah sekolah di sekitar Negeri Melaka, dua sekolah di Selangor dan Pahang, manakala masing-masing satu sekolah di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Johor.

Bagi Kategori Terbuka pula, empat pasukan dari UTeM turut mengambil peluang dalam pertandingan tersebut.

Sementara 10 penyertaan dari sekolah dan orang awam di sekitar Melaka, empat dari Johor dan dua dari Selangor.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dekan FTMK kepada johan Kategori Sekolah yang dimenangi kumpulan SK Malim 2 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Malim.

Sementara bagi johan Kategori Terbuka pula diraih oleh kumpulan SK Malim 4 dari sekolah yang sama.

CATEGORIES