Kelab Malaysiaku lahir generasi patriotik dan berwawasan

Kelab Malaysiaku lahir generasi patriotik dan berwawasan

JASIN 13 Mac – Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku platform melahirkan generasi yang mempunyai jati diri, sekali gus memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Shahnon Mohamad berkata, ia amanah dan tanggungjawab bersama bagi melahirkan pemimpin di masa hadapan.

Beliau berkata, kem itu wadah buat pelajar berbilang bangsa menghadapi cabaran dalam memastikan negara terus mengecapi pembangunan dan kemajuan.

“Di Melaka terdapat 46 buah sekolah menengah yang mempunyai Kelab Malaysiaku.

“Tiga aktiviti utama kelab tersebut adalah Amalan Demokrasi Berparlimen, Kembara Kelab Malaysiaku dan Wacana Kemerdekaan,” katanya.

Shahnon berkata demikian pada Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku 2019 di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar.

Katanya, terdapat juga aktiviti di peringkat negeri seperti Kem Aspirasi dan Pertandingan Sketsa Rukun Negara melibatkan wakil-wakil terpilih dari setiap sekolah.

Kem tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan menerusi Kelab Malaysiaku dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka.

Hadir sama, Penyelia Unit Kokurikulum JPN Melaka, Nor Shahizan Daud.

CATEGORIES