Kemenangan pahit buat MU

Kemenangan pahit buat MU

MELAKA United (MU) mungkin terpaksa merehatkan Ahmad Khuzaimi Piee dan Darko Markovic ketika bertemu Pahang, Sabtu depan susulan kecederaan dalam beberapa perlawanan lalu..

Ahmad Khuzaimi diusung keluar dari padang  pada minit ke-70 sebelum diganti dengan Ramzi Haziq Mohamad ketika aksi Liga Super kedua ketika bertemu PKNS Sabtu laku.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berharap kecederaan Ahmad Khuzaimi tidak terlalu serius dan beliau masih menunggu status pemain berkenaan.

“Sebelum ini, dua perlawanan MU terpaksa melupakan khidmat Darco yang masih menjalani rawatan akibat kecederaan ketika sesi latihan.

“Malam tadi (kelmarin), Ahmad Khuzaimi pula cedera dan berharap tidaklah begitu serius dan boleh bermain untuk perlawanan nanti, namun kena tunggu selepas dia menjalani rawatan,” katanya, dalam sidang media selepas perlawanan PKNS menentang MU di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Zainal memberitahu disiplin tinggi ketika bertahan merupakan kunci kemenangan MU pada perlawanan terbabit.

“Paling penting kita berjaya raih tiga mata di tempat lawan. Saya sudah beritahu kepada pemain supaya lebih berdisiplin ketika bertahan dan mereka mematuhinya.

““Pemain cukup berdisiplin sehingga wisel penamat dan saya dapat lihat prestasi pemain ada menunjukkan peningkatan dan berharap ia akan dapat diteruskan,” katanya

Jaringan tunggal Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 sudah memadai buat MU untuj mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan awal.

CATEGORIES
TAGS