Kempen derma darah UTeM Bantu Tabung Darah Hospital Melaka

#samasamamembantu

Kempen derma darah UTeM Bantu Tabung Darah Hospital Melaka

DURIAN TUNGGAL 3 Mac- Pusat Kesihatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan Kempen Derma Darah warga UTeM di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, program itu membuktikan warga UTeM prihatin membantu dalam konteks kesejahteraan kesihatan komuniti sejagat.

“Dengan adanya program ini, sudah tentulah kita dapat membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Unit Tabung Darah Hospital Melaka,” katanya pada kempen tersebut.

Pada kempen itu, sebanyak 161 beg darah berjaya dikumpulkan hasil yang didermakan oleh warga UTeM.

Raha berkata, kesemua beg darah yang diperoleh diserahkan kepada Unit Tabung Darah Hospital Melaka sekali gus menyumbang pencapaian objektif yang diharapkan.

“Saya menyeru lebih ramai penderma tampil menderma darah kerana ia sangat diharapkan pada masa kini.

“UTeM seringkali mengadakan kempen derma darah di mana pada tahun lalu saja sebanyak tiga kali program seperti ini diadakan dan diteruskan pada tahun ini,” katanya.

CATEGORIES