Kenaikan harga barang: Saya tak boleh ramal masa depan tetapi…

Kenaikan harga barang: Saya tak boleh ramal masa depan tetapi…

ADLY bersama Saifuddin (kiri) ketika melawat barangan pasaraya yang dijual pada Kempen Harga Patut 2018 Peringkat Kebangsaan di Dataran Klebang, Sabtu lalu.

KLEBANG 1 Okt. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak tidak boleh meramal masa depan berhubung, isu harga barangan.

Katanya, namun pihaknya akan memperketatkan penguatkuasaan, jika mendapati terdapat peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

“Saya tidak boleh ramal masa depan, tetapi jika didapati ada kenaikan harga barang yang ketara, kita ada kuasa penguatkuasaan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Sudah tentu penguatkuasa juga akan berusaha memastikan harga barang tidak berlaku kenaikan (melampau),” katanya, selepas merasmikan Kempen Harga Patut 2018 Peringkat Kebangsaan di Dataran Klebang, Sabtu lalu.

Kempen Harga Patut 2018 akan berlangsung sehingga Disember ini dan disertai 10 pasar raya besar seluruh negara bagi menjual barangan keperluan dengan harga berpatutan kepada rakyat.

Pasar raya besar itu ialah Aeon Co. Sdn Bhd, Tesco Stores (M) Sdn Bhd, GCH Retail (M) Sdn Bhd, Parkson Holdings Berhad, Lulu Hypermarket, The Store (M) Sdn Bhd, Econsave Cash and Carry Sdn Bhd, TF Valuemart Sdn Bhd, Mydin Mohamed Holdings Berhad dan KK Supermart.

Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Menurut Saifuddin, pasar raya besar di negara ini mampu menjadi perintis menentukan harga barangan keperluan rakyat bagi mengatasi isu sara hidup yang meningkat.

“Jelasnya, walaupun bilangan syarikat pasar raya besar di negara ini kecil sekiranya berbanding dengan syarikat peruncit lain, namun mereka menguasai bahagian pasaran yang besar dalam pasaran barang keperluan rakyat.

“Pasar raya besar juga membuat pembelian barangan dalam jumlah banyak dan secara kontrak jangka panjang daripada pengeluar yang mekanisme itu membolehkan pasar raya menentukan harga barangan yang dijual kepada rakyat itu berpatutan.

“Apabila saya turun (membuat tinjauan) saya datang serta bertanya sendiri kepada pemilik pasar raya besar ini apa 30 barangan yang rakyat datang belanja, apa yang mesti masuk dalam troli mereka, antaranya beras, minyak masak, telur, sosej dan lampin pakai buang.

“Daripada maklumat ini kami dapati harga barang ini masih stabil dan kementerian akan sentiasa memantau harga barangan ini,” katanya.

CATEGORIES