Kerajaan dengar suara rakyat

AYER KEROH 3 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Melaka akan mendengar setiap bantahan rakyat dan akan pertimbangkan untuk dikaji semula.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, di peringkat kerajaan negeri pelantikan Datuk Azmi Hussain merupakan pegawai awam berstatus tetap di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang berada di gred jawatan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C.
Menurutnya, beliau dipindahkan secara peminjaman sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) gred jawatan JUSA C mulai 1 Jun 2018,” katanya.
Adly berkata demikian kepada Harapan Melaka (HM) selepas program Hari Bertemu Rakyat di Seri Bendahara di sini, Jumaat lalu.
Pada program Hari Bertemu Rakyat yang pertama kali diadakan itu, Adly bersama ketua jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri hadir bagi mendengar dan menerima laporan masalah dihadapi rakyat serta cuba mencari jalan penyelesaian terbaik.