Kerajaan negeri galak penjawat awam tambah kemampuan pendidikan

Kerajaan negeri galak penjawat awam tambah kemampuan pendidikan

ADLY…Kerajaan negeri kini sedang mengkaji satu skim khas untuk penjawat awam meningkatkan tahap pendidikan mereka.

AYER KEROH 9 Okt. – Kerajaan Negeri Melaka menggalakkan penjawat awam di negeri ini untuk menambah kemampuan pendidikan mereka bagi memastikan kualiti perkhidmatan terus meningkat untuk jangka masa panjang.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata kerajaan negeri kini sedang mengkaji satu skim khas untuk penjawat awam meningkatkan tahap pendidikan mereka.

“Di peringkat kerajaan secara umum sedang berbincang mengenai skim untuk meningkatkan tahap pendidikan penjawat awam termasuk guru melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

“Contohnya seperti golongan guru di peringkat rendah seperti sekolah agama bantuan kerajaan, mereka ada diploma tapi kita jadikan mereka sebagai guru berijazah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Profesionalisme Ketua Menteri bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Melaka 2018 di Dewan Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Noor Effendi Ahmad dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Rashid Mohd Sidek.

Sementara itu, Adly menyifatkan penganjuran program tersebut sebagai amat penting bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di setiap sekolah dalam negeri ini.

CATEGORIES
TAGS