Kerajaan tidak boleh ditentukan oleh pengkhianat mandat rakyat – Adly
Inilah politik....

BUKIT KATIL 3 Mac – “Sesebuah kerajaan tidak boleh ditentukan oleh tiga atau empat orang yang mengkhianati mandat rakyat,” kata bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.
Menurutnya, kalau kerajaan itu ditentukan oleh tiga atau empat orang yang menentukan mana kerajaan yang hendak dibentuk, maka itu telah mengatasi perlembagaan di peringkat negeri dan mandat yang diberikan rakyat.
“Saya minta supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditentukan oleh rakyat, tetapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya ditentukan tiga atau empat orang saja yang khianat, ini adalah tidak wajar dalam sistem demokrasi kita.
“Keduanya perlu ada pembubaran dan pilihan raya kerana bagi saya adalah kepentingan negeri itu sendiri dan saya yakin bahawa dalam sektor ekonomi dan pelaburan, keyakinan kepada kerajaan itu mestilah kukuh.
“Dan mereka yang memimpin kerajaan itu mestilah mereka yang mempunyai prinsip-prinsip yang asas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media PH di Graha Amanah, di sini hari ini.
Terdahulu Adly memaklumkan beliau telah pun ditamatkan perkhidmatan jam 4 petang semalam selepas bertemu Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Pejabat Mohd Khalil.
“Selepas perjumpaan dengan Tun saya dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Menteri kira-kira jam 4 petang semalam, saya juga telah mengemas semua barang-barang di pejabat Ketua Menteri petang semalam,” katanya.
Artikel Menarik:
Inilah inisiatif Kerajaan Negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan sepanjang 2019
Perubahan Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan di Melaka
Senyap-senyap Adly Zahari dah buat 5 perkara ni untuk bantu orang melayu dan bumiputera