Kerajaan tumpu dua aspek sebelum bentang KSP RMK-11

Kerajaan tumpu dua aspek sebelum bentang KSP RMK-11

BANDARAYA MELAKA 1 Okt- Kerajaan sedang memberikan tumpuan terhadap dua aspek untuk menyemak
semula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan dibentangkan kabinet pada 18 Oktober ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kedua aspek berkenaan adalah, laporan kemajuan bagi tempoh dua tahun pertama dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan memuat strategi baharu dan hala tuju ekonomi negara berdasarkan manifesto PH.

Katanya, kedua perkara itu sedang diteliti kementeriannya melalui Unit Perancang Ekonomi sebelum
dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-11.

“Pembentangan KSP kali ini agak unik kerana ia bukan sahaja membentangkan prestasi
ekonomi negara dalam tempoh dua tahun pertama RMK-11, memandangkan kerajaan PH baharu dibentuk Mei lalu.

“Maka, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan jemaah menteri telah bersetuju kementerian membentangkan KSP yang mengandungi dua pendekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan sesi pemukiman keenam sempena Mesyuarat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia-Thailand (IMT-GT) peringkat Menteri ke-24 di DoubleTree Hilton Hotel, di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari; Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution dan Menteri
Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith.

Mesyuarat itu yang bermula sejak 28 September lalu dan berakhir hari ini telah melibatkan penyertaan seramai 224
delegasi termasuk pemimpin dan menteri dari ketiga-tiga negara.

CATEGORIES
TAGS