Kerjasama MRC & PekanBaru pacu ekonomi 2 hala

Kerjasama MRC & PekanBaru pacu ekonomi 2 hala

PEKANBARU (INDONESIA) 12 Feb. – Usaha sama sektor pelancongan air atau River Cruise yang sedang dilaksana di
PekanBaru, diyakini mampu menjana pendapatan lumayan buat ibu negeri Riau itu.

Gabenor Riau, Tuan Yang Terutama H. Wan Thamrin Hasyim melahirkan keyakinan itu selepas menerima kunjung hormat wakil
delegasi Melaka di kediamannya di sini, Isnin lalu.

Menurutnya, usaha sama itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Melaka dengan Indonesia.

Katanya, selain itu usaha sama itu juga turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Dalam pertemuan itu, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin memberi sedikit penerangan berkenaan inisiatif dilaksana perbadanan tersebut.

Menurutnya, inisiatif itu bagi menjana pendapatan negeri dengan menaik taraf keindahan Sungai Melaka yang sekali gus berjaya menarik ramai pelancong datang ke Negeri Melaka.

Pada program tersebut, delegasi Melaka diketuai Exco Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Turut menyertai pertemuan itu, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka PERZIM, Fadhilah Md. Salleh; Pengurus
Besar Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd., Rafee Ibrahim dan Pegawai Projek Sungai Melaka Venture Sdn. Bhd., Yus Mazmi
Ahmad Yusof.

CATEGORIES