Kesedaran majikan daftar PERKESO harus diperluas

Kesedaran majikan daftar PERKESO harus diperluas

SAMINATHAN beramah mesra dengan peserta program Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat Peringat Negeri Melaka di Dewan Kristal Wisma PERKESO Melaka, Selasa lalu.

AYER KEROH 24 Okt. – Kesedaran majikan di Negeri Melaka mendaftar institusi dan pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) harus diperluas bagi melindungi pekerja.

Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Koperasi, NGO dan Hal Ehwal Pengguna, G. Saminathan berkata, orang ramai tahu dalam slip gaji mereka ada potongan PERKESO, namun tak ramai yang tahu kenapa dan apa manfaat yang mereka boleh perolehi melalui caruman tersebut.

Menurutnya, majikan perlu main peranan membantu menerangkan kepada kakitangan kepentingan dan kebaikan mencarum PERKESO demi kebajikkan mereka.

“Manfaat mencarum PERKESO turut boleh dinikmati oleh ahli tanggungan sekiranya berlaku kematian kepada pencarum dengan syarat tertentu,” katanya.

Saminathan berkata demikian ketika berucap pada program Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat Peringat Negeri Melaka di Dewan Kristal Wisma PERKESO Melaka di sini, Selasa lalu.

Program itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara PERKESO dan pemimpin masyarakat agar mereka lebih memahami peranan PERKESO untuk disampaikan kepada masyarakat setempat.

CATEGORIES