Ketua Menteri baharu dalam masa terdekat – Abd Rauf

Ketua Menteri baharu dalam masa terdekat – Abd Rauf

AYER KEROH 2 Mac. – Siapa Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diumumkan dalam masa yang terdekat selepas gabungan Perikatan Nasional di negeri ini berjaya membentuk kerajaan.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, sebanyak 15 nama masing- masing 13 terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan dua daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan disenaraikan sebagai calon Ketua Menteri.

“Kita akan menamakan bakal Ketua Menteri dalam tempoh terdekat. Seorang daripada 15 calon terbabit.

“Hari ini tiada satu nama pun diberikan (ketika menyerahkan akaun bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob),” katanya ketika sidang media khas di Hotel MITC Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Ab Rauf berkata, secara rasminya Parti Perikatan Nasional Melaka mempunyai 17 ADUN untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang kuat.

“Kita sudah ada 17 ADUN yang kuat untuk kita sama- sama membentuk kerajaan negeri Melaka,” katanya.

CATEGORIES