Ketua Menteri terima kunjungan hormat persatuan guru

Ketua Menteri terima kunjungan hormat persatuan guru

AYER KEROH 31 Jan. – Ketua Menteri, Adly Zahari semalam telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Guru-guru Lepasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka di Seri Negeri.

Adly menerusi ‘posting’ laman sosial Facebook rasmi miliknya menjelaskan beliau telah menerima pelbagai perkongsian dan cadangan dari persatuan itu.

“Alhamdulillah, petang ini saya menerima Kunjung hormat oleh Persatuan Guru-guru Lepasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

“Pelbagai perkongsian dan cadangan yang saya terima dari bekas guru-guru ini antaranya sejarah terbentuknya Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka serta menjadikan Maktab Perguruan ini setanding dengan Universiti yang lain.

“Saya di peringkat Kerajaan Negeri akan mengambil maklum setiap cadangan mahupun pemarsalalahan yang dihadapi agar setiap aktiviti yang dirancang mencapai objektif yang diharapkan serta mejadi pencetus semangan kepada generasi bakal guru yang akan datang,” katanya.

CATEGORIES