Khidmat 16 ketua jabatan ditamatkan

Khidmat 16 ketua jabatan ditamatkan

MELAKA TENGAH – Kerajaan negeri memutuskan tidak melanjutkan perkhidmatan 16 ketua jabatan yang tamat kontrak serta tempoh peminjaman mereka semalam.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Ketua jabatan terbabit termasuklah Pengurus Besar, Perbadanan Ketua Menteri, Datuk Ab Rahman Ismail dan Pengurus Besar, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Datuk Hasnoor Sidang Husin.

“Ketua-ketua jabatan lain ialah Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), Mustafa Musa; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Husin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Shadan Othman; Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka, Nazary Ahmad.

“Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka, Badrul Hisham Badruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Mohd Salleh Jusman; Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Datuk Isnin Aman; Pengurus Besar Melaka Taming Sari, Ali Kasmin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Zainal Abidin Ismail; Pengurus Besar Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul; Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini Sdn Bhd, Ishak Dalib dan Pengurus Maim Bentara Security Sdn Bhd, Mohd Sham Dali turut ditamatkan kontrak.

Perkembangan ini susulan kenyataan Adly kelmarin bahawa lapan jabatan serta unit di bawah Jabatan Ketua Menteri serta jabatan-jabatan lain akan dimansuhkan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/khidmat-16-ketua-jabatan-ditamatkan-1.841572

CATEGORIES
TAGS